Sunday, February 13, 2011

Anak Kecil Selsema dan Batuk

   Apabila anak-anak terkena selsema dan batuk, seperti ibu bapa yang lain saya dan suami akan membawa anak-anak ke klinik. Cuma semenjak tahun 2008 kami tidak lagi ke klinik yang terdekat dengan rumah seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Sebaliknya kami akan ke sebuah klinik di Wangsa Maju. Hu..hu.. memang jauh nak ke sana dari Shah Alam.


   Semuanya bermula apabila seorang saudara kami bercerita tentang cara rawatan berbeza yang diberikan oleh klinik ini bagi merawat batuk dan selsema terutama bagi  kanak-kanak. Menurut saudara kami ini kaedah yang digunakan ialah dengan cara menepuk bahagian depan dan belakang dada dan juga ubat yang berbeza dari yang diberikan oleh klinik dan pusat kesihatan biasa.
Pada mulanya saya dan suami agak was-was juga. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau rasa tak yakin, lepas tu janganlah ikut… he.. he… he…


   Tapi setelah ke sana dan berjumpa dengan doktor yang bertugas, tanggapan kami terus berubah. Menurut doktor di Klinik Wangsa ini, ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun. Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut. Menurutnya, mudah saja… jika seseorangbatuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru. Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubatbatuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.


    Menurut doktor ini, cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak – sudah tentu ia dilakukan oleh doktor.


     Doktor di Klinik Wangsa ini juga menunjukkan keratan akhbar NSTP (tapi saya lupa kat mana saya letak paper cutting tu – artikel dikeluarkan pada tahun 2007) yang juga membicarakan isu ini. Tapi tak mengapa, saya cuba surf lagi di NSTP tadi dan terjumpa artikel yang hampir sama dengan yang diberikan oleh doktor tu

No comments:

Post a Comment

LOGO MALAYSIA MADANI