Wednesday, November 30, 2011

Asal-usul nama kampung Ulu Cheka, Jerantut


Kampung Ulu Cheka yang terletak di daerah Jerantut. Jarak perjalanannya lebih kurang 30km daripada bandar Jerantut melalui jalan Jerantut - Benta, anda akan menemui Pekan Damak sebelum masuk ke simpang kampung Ulu Cheka, Jerantut. Bila menyebut sahaja nama Kampung Ulu Cheka ini ianya agak sinonim dengan Pawang DiRaja Pawang Nong atau nama penuh beliau Haji Nong bin Santandilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis pada tahun 1874.

Menurut cerita beliau mempunyai dua isteri, pertama bernama Palam Mat Sama, dengan memperolehi lapan anak lelaki,iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama Hajjah Halimah Mk Long dengan mendapat tiga orang anak iaitu satu lelaki dua perempuan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1977 ( pada usia 103) di Kampung Ulu Cheka.

Sejarah awal pembukaan kampung Ulu Cheka ini ada pendapat mengatakan seawalnya lagi sebelum Pawang Nong, ini adalah pendapat sesetengah daripada mereka yang lain, penulis tidak dapat untuk mengatakan kebenarannya. Namun tidak dapat tidak, kerana kehebatan Pawang Nong itu sendiri telah menonjolkan nama kampung Ulu Cheka ini. Bolehlah di katakan kampung Ulu Cheka ini amat sinonim dengan Pawang Nong itu sendiri. 

Mitos - Asal usul nama kampung Ulu Cheka ini yang pernah didengar oleh penulis secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu asalnya daripada perkataan “cheke” @ “chike” maksudnya suatu keadaan dimana seseorang itu mengalami muntah-muntah akibat tersalah makan, akibat daripada makanan yang telah bercampur baul dengan makanan yang lain, yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah  yang disebut "cheke @ chike".

Diceritakan juga mungkin sewaktu pembukaan kampung Ulu Cheka ini  ramai diantara mereka telah mengalami muntah-muntah disebabkan alahan permakanan tersebut yang di sebut “chike”  dalam loghat tempatan. Namun bila ditulis semula didalam ejaan bahasa melayu menjadi CHEKA. Mungkin lantaran daripada peristiwa itu nama chike @ cheke ini diabadikan. Disebabkan kampung ini agak jauh sedikit masuk kependalaman daripada jalan utama Jerantut – Benta, maka ianya lebih sesuai di sebut ULU CHEKA.

LOGO MALAYSIA MADANI