Wednesday, November 30, 2011

Asal-usul nama kampung Ulu Cheka, Jerantut


Kampung Ulu Cheka yang terletak di daerah Jerantut. Jarak perjalanannya lebih kurang 30km daripada bandar Jerantut melalui jalan Jerantut - Benta, anda akan menemui Pekan Damak sebelum masuk ke simpang kampung Ulu Cheka, Jerantut. Bila menyebut sahaja nama Kampung Ulu Cheka ini ianya agak sinonim dengan Pawang DiRaja Pawang Nong atau nama penuh beliau Haji Nong bin Santandilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis pada tahun 1874.

Menurut cerita beliau mempunyai dua isteri, pertama bernama Palam Mat Sama, dengan memperolehi lapan anak lelaki,iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama Hajjah Halimah Mk Long dengan mendapat tiga orang anak iaitu satu lelaki dua perempuan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1977 ( pada usia 103) di Kampung Ulu Cheka.

Sejarah awal pembukaan kampung Ulu Cheka ini ada pendapat mengatakan seawalnya lagi sebelum Pawang Nong, ini adalah pendapat sesetengah daripada mereka yang lain, penulis tidak dapat untuk mengatakan kebenarannya. Namun tidak dapat tidak, kerana kehebatan Pawang Nong itu sendiri telah menonjolkan nama kampung Ulu Cheka ini. Bolehlah di katakan kampung Ulu Cheka ini amat sinonim dengan Pawang Nong itu sendiri. 

Mitos - Asal usul nama kampung Ulu Cheka ini yang pernah didengar oleh penulis secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu asalnya daripada perkataan “cheke” @ “chike” maksudnya suatu keadaan dimana seseorang itu mengalami muntah-muntah akibat tersalah makan, akibat daripada makanan yang telah bercampur baul dengan makanan yang lain, yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah  yang disebut "cheke @ chike".

Diceritakan juga mungkin sewaktu pembukaan kampung Ulu Cheka ini  ramai diantara mereka telah mengalami muntah-muntah disebabkan alahan permakanan tersebut yang di sebut “chike”  dalam loghat tempatan. Namun bila ditulis semula didalam ejaan bahasa melayu menjadi CHEKA. Mungkin lantaran daripada peristiwa itu nama chike @ cheke ini diabadikan. Disebabkan kampung ini agak jauh sedikit masuk kependalaman daripada jalan utama Jerantut – Benta, maka ianya lebih sesuai di sebut ULU CHEKA.

Wednesday, March 16, 2011

BOTOL SUSU BPA

Botol Susu Bayi Polikarbonat


Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA)Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu?
Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.
Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.
Dalam kes botol susu anak buah aku ini, aku agak keliru sedikit kerana label di belakangnya juga ada simbol gelas dan garfu. Bila tanya uncle google aku, aku temui maksud simbol gelas dan garfu itu ialah food grade. Maksudnya botol susu bayi itu telah dijamin selamat dan disahkan berkualiti.
Aduh apa kes ni? Dah gunakan simbol nombor 7 tapi ada pula selitkan logo gelas dan garpu?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah

Tuesday, March 8, 2011

HALBA


Halba merupakan sejenis rempah.

Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: IndiaArgentinaMesirPerancisSepanyolTurkiMaghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthanmengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk GujaratUttaranchalUttar PradeshMadhya PradeshMaharashtraHaryana, danPunjab.[2]


Sejarah

Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut: [3]

Cato si Lebih Tua menyenaraikan halba bersama-sama dengan klover dan vec sebagai tananam yang ditumbuh untuk makanan lembu (De Agri Cultura, 27).



Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

  1.  "Trigonella foenum-graecum information from NPGS/GRIN". www.ars-grin.govhttp://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl?40421. Diambil 2008-03-13.
  2.  Dacnet: Statistics
  3.  Daniel Zohary and Maria Hopf, Domestication of plants in the Old World, third edition (Oxford: Oxford University Press, 2000), p. 122