Monday, December 23, 2019

Beras Yang Sihat

BERAS PERANG ATAU BERAS PARBOILED?

Beras merupakan makanan ruji di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Asia. Walau bagaimanapun, gandum merupakan makanan pilihan di seluruh dunia dari segi pengeluarannya dibandingkan dengan beras kerana ia menyediakan lebih dari seperlima kalori yang dimakan oleh manusia seluruh dunia.

Beras mengandungi nilai pemakanan yang tinggi pada kalori, tenaga, dan karbohidrat. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada 40,000 jenis beras, dan setiap jenisnya mempunyai tahap pemakanan, rasa, dan kanji yang berlainan. Kerana itulah terdapat beberapa jenis beras yang lebih sihat daripada yang lain.

Apabila bercakap mengenai  beras yang sihat, kebanyakan orang akan memberi dua pilihan, sama ada beras parboiled dan beras perang. Apakah perbezaan antara beras parboiled dan beras perang dan yang mana satu merupakan pilihan terbaik jika anda ingin mendapatkan nutrien yang paling banyak dengan kanji yang kurang dan karbohidrat yang dikatakan berlebihan dan tidak sihat? Insyallah...

Bagaimana Beras Diproses
Sebelum kita membandingkan beras Parboiled dan beras Perang, adalah lebih baik untuk kita memahami mengapa pelbagai jenis beras sangat berbeza dari segi tekstur, pati, rasa, dan kandungan nutrisinya  walaupun mereka datang dari sawah yang sama. Ini adalah kerana cara bijirin tersebut diproses dan digilap.

Apabila tanaman padi telah matang dan sedia untuk dituai, biji – biji padi tersebut digilap dalam perangkap beras untuk menghilangkan kulit, sekam pada setiap bijian beras. Apabila semua ini telah dibersihkan dari beras maka terjadilah beras perang.

BERAS PERANG
Beras Perang dikenali ramai sebagai beras yang sihat. Hanya sekamnya sahaja yang dikeluarkan, dimana lapisan bran dan kulit luaran dibersihkan. Kerana itu warnanya coklat keperangan yang penuh dengan nutrien, mineral, dan serat.
Kerana itulah beras Perang lebih tebal daripada beras putih sehingga ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dimasak. Bagaimanapun, butiran nutrient pada beras Perang adalah penuh dan kaya dengan vitamin dan mineral. Beras Perang teksturnya lebih kenyal dan ada rasa sedikit keras. Ia adalah merupakan makanan bijirin 100 peratus.

BERAS PARBOILED
Beras Parboiled ketika masih dilapisi dengan kulit, ia telah direndam, dikukus, dan dikeringkan. Proses ini adalah untuk mempermudah kerja-kerja memproses beras disebabkan kekurangan mesin dan peralatan. Kaedah dan proses ini dilakukan kebanyakannya di negara-negara yang sedang berkembang di mana peralatan beras tidak sempurna untuk digunakan oleh para petani. Oleh kerana itu beras Parboiled warnanya sedikit kekuningan. Beras Parboiled mempunyai kandungan lemak, kanji dan karbohidrat dibandingkan dengan semua jenis beras.

Walau bagaimanapun, kebanyakan beras Parboiled adalah lebih sihat. Kerana itulah sebahagian daripada pengeluaran beras didunia telah beralih kepada beras Parboiled. Walaubagaimanapun ia lebih mahal dan mengambil masa yang lama untuk dimasak dibandingkan dengan beras biasa, herba ponni dan beras perang.

BERAS PARBOILED VS BERAS PERANG

NUTRISI
Dari segi kandungan Nutrisi, kedua-duanya adalah lebih baik dari beras putih dan herba ponni kerana beras Perang dan Parboiled mempunyai nutrien tambahan yang terdapat pada kulit dan sekam padi. Kandungan Nutrisi yang danggarkan pada satu cawan beras Perang terdapat 216 kalori, 3 gram serat, vitamin B1, B3, B5, dan B6, besi, magnesium, zink dan mineral lain yang boleh membantu penyembuhan luka, aturan kandungan gula darah dan pelbagai lagi manfaat. Beras parboiled juga mempunyai  kandungan Nutrisi, vitamin dan mineral yang sama dengan beras Perang kerana ia diproses bersama dengan kulit dan sekam padi.

Ada yang berpendapat bahawa padi parboiled adalah lebih baik dari segi kandungan Nutrisi kerana didalam prosesnya akan menyebabkan menyebabkan nutrien pada kulit padi (terutama vitamin B1) menyerap pada bahagian beras yang berkanji yang menyebabkannya ia kaya dengan nutrien. Bagaimanapun, apa dianggap tersebut tidak berasas kerana semasa proses pendidihan dan perendaman berlaku, ada kemungkinan nutrient padi beras tersebut telah hilang.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pilihan beras ini adalah yang paling sihat dan sesuai untuk pesakit kencing manis dan mereka yang ingin kekalkan jumlah kalori yang rendah dalam diet mereka.

CARA MASAK
Pelbagai jenis beras mempunyai rasa, warna, panjang, dan tekstur, yang berbeza diantara satu sama lain. Beras Perang dan beras Parboiled mempunyai warna dan tekstur yang berbeza ketika dimasak. Nasi Perang lebih kenyal dan keras, sementara nasi Parboiled pula lebih lembut dan kurang melekit.
Nasi Perang kebanyakannya menjadi pilihan didalam resepi masakan dalam hidangan seperti  masakan pedas, kaserol, hidangan bergoreng, dan nasi arab/minyak. Nasi parboiled pula sesuai pada masakan nasi goreng apabila dicampur dengan daging dan bahan lain.
Kesimpulannya  kedua-dua beras Perangt dan Parboiled memberi nilai pemakanan yang lebih tinggi dibandingkan dengan beras putih dan herba Ponni. Walaupun kedua-duanya adalah pilihan yang sihat, jika anda mahukan lebih banyak serat atau lebih suka nasi yang lebih kenyal, maka beras Perang adalah pilihan terbaik. Tetapi jika anda suka nasi yang lebih kenyang dan rasa penuh maka anda boleh makan nasi Parboiled. Walaubagaimanapun, terdapat nilai pemakanan yang tinggi pada kedua-dua jenis beras ini, ingatlah bahawa kedua-duanya masih mempunyai nilai karbohidrat dan kanji. Memakan terlalu banyak nasi boleh membawa kepada masalah kesihatan. Maka perlulah sukat mengikut keperluan kalori masing-masing…

GLYCEMIC INDEX
Beras Perang mengandungi semua komponen bijirin: sekam luar, endosperm berkanji dan kulit yang padat dengan nutrien. Beras Parboiled diproses di bawah suhu yang melampau, distim, memaksa semua nutrien dari bran untuk meresap ke dalam beras. Selepas proses pengeringan yang menyeluruh, dedak itu jatuh dan dibuang. Prose ini menjadi penentuan didalam menentukan Glysemik Indeks pada beras Parboiled dan beras Perang.

Jika anda sedang berusaha untuk menstabilkan gula dalam darah, maka perlulah dielakkan makanan yang tinggi pada indeks glisemik didalam peringkat 70 atau lebih. Makanan GI yang tinggi ini akan menyebabkan gula darah anda naik. Kategori peringkat GI makanan dari 55 hingga 69 adalah medium dan di bawah 55 adalah rendah. Semakin rendah GI maka anda akan mempunyai paras gula darah yang lebih stabil.

Peringkat GI untuk beras Perang adalah dalam sekitar 50. Peringkat GI untuk beras Parboiled pula dalam 38. Kedua-duanya masih dalam peringkat yang rendah GI walaupun beras Parboiled lebih rendah. Maka kedua-duanya adalah pilihan yang  bermanfaat untuk mengatur kandungan  gula dalam darah.
Oleh itu gunakanlah beras tersebut didalam diet untuk didalam memberi kesihatan :-
  1. Menurunkan Tekanan Darah
  2. Membuang lemak Visceral
  3. Lebih Banyak Vitamin dan Mineral
  4. Mengurangkan Gula Darah
  5. Mengurangkan Jumlah Lemak Jahat dalam Darah
  6. Ia Membantu Menurunkan Risiko Penyakit Jantung
  7. Membantu Menurunkan Berat Badan Secara Sihat
  8. Membantu Merasa Kenyang Dengan Lebih Lama
  9. Makanan Yang Mampu Dibeli
  10. Meningkatkan Immunisasi tubuh

LOGO MALAYSIA MADANI