Radix Satu Kajian
Oleh : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA
Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?
Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?
Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk ” Radix satu kajian”
Apakah itu Radix?
Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan.Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.
Kenapa memilih akar/Radix?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah, Air, Api, dan Angin.
Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.
Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.
Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.
Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?
Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?
Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.
Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.
Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi rawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:
Teja Lawang —– Aromatik —– Api
Larak —– Astringen—– Tanah (kelat)
Tebu Gajah —– Manis —– Air
Tongkat Ali —– Pahit —– Angin
Testimoni Pengamal Kopi Radix
Testimoni Pengamal Kopi Radix
KOPI RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN
”Saya telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi 123kg.”-Mohd Hazizi bin Deraman (20 tahun) – Kelantan
KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT
“Ini berlaku kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya beliau akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu tengahari. Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialami apabila lambat makan ternyata tidak berlaku pada waktu kebiasaannya. Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi Radix sebagai program diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping. Kalau tak percaya cubalah ..! ”-Azwan Effendy b. Ahmad Zahidi (25 tahun) – Kedah
KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN
KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN
“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”-Mohd Hafiz b. Abdul Razak (32 tahun) – Pulau Pinang
KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT
KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT
“Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan. Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama sekali telah hilang. ”-Muhammad Azahari b. Mat (22 tahun) – Kedah
KOPI RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG BELAKANG
“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli. Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang.”-Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) – Selangor
KOPI RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
“Apabila selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba…… HPA BOLEH!!!”-M. Helmi (24 tahun) – Selangor
KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK
KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK
“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat.-Asnieah bt. Badri @ Nazri (39 tahun) – Pulau Pinang
KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA
“Assalamualaikum……saya adalah orang yang baru mengenali produk HPA. Antara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi Radix. Sebelum saya minum Kopi Radix, saya selalu sakit kepala. Hampir setiap hari saya mengalami sakit kepala. Namun suatu yang menakjubkan, semenjak saya mengamalkan Kopi Radix, sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi menyerang. Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA….. wassalam.”-Hj. Nazarudin bin Mukhtar (30 tahun) – Selangor
KOPI RADIX UNTUK MASALAH USUS
“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA”-Faizul Azrie bin Ismail (26 tahun) – Kelantan
BERBEKAM DAN KOPI RADIX
“Alhamdulillah, setelah saya berbekam, ramai teman saya yang ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya yang sesak nafas / nafas pendek dan sakit saat tarik nafas, setelah berbekam di bahagian belakang dan dada. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang sudah sembuh dan penyakit yang lain turut lenyap iaitu sakit mag (gastric). Ada sesetengah yang mempunyai penyakit malaria dan tipes. Setelah menjalani terapi bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat dan segar….” Terima kasih HPA dan para guruku….!!!!”-Bahari bin Tito Laksono (32 tahun) – Indonesia
No comments:
Post a Comment