Semlm dalam kul 2pg anak aku (nor aliya syazwana - 1thn 4bln) asyik nangis aje....pujuk pun tak makan dek pujuk lepas tu ingin satu kajian tentang kebaikan Teh Rooibos jd apa lagi kat dapur tu memang ada stok Teh Rooibos jadi aku pun berlari ke dapur buatkannya sebotol 5ml teh rooibos tambah sikit gula organik lepas tu bagi Aliya minum, beberapa minit kemudian si Aliya tertidur lena sampai ke pagi.....jadi berkesan juga teh rooibos nie (dgn izin Allah s.w.t juga) .....jadi apa lagi test lah. Bukan nak kempen tapi nak kongsi kebaikan Teh Rooibos bersama
Pokok Rooibos |
Telah ditehkan |
FAKTA KEBAIKAN TEH ROOIBOS - UNTUK SEISI KELUARGA
Tulen dan Semulajadi - tidak mengandungi pengawit
serta pewarna tambahan.
Tanpa Kafien - yang mengganggu system saraf.
Mengandungi Anti-oksidan yang kuat, yang melawan radikal-bebas (produk sampingan fungsi sel) yang melemahkan pertahanan semulajdi badan dan membawa kepada ketuaan.
Sangat berfaedah bagi masalah sakit kepala, gangguan tidur, insomnia, gementar, tekanan dan darah tinggi.
Masalah penghadaman - kembung perut, muntah-muntah, panas-dalam, ulcer perut, dan sembelit.
Ciri-ciri Anti-spasmodic, yang melegakan kekejangan perut pada bayi.
Membantu mengawal alahan seperti demam dan lelah.
Mempunyai kesan "lembut" pada kulit - melegakan keringsaan dan masalah kulit seperti eczema dan ruam lampin.
Mengandungi pemanis tanpa gula (tanpa kilojoule semulajadi) - sesuai untuk pengidap kencing manis.
Rendah tannin - tidak mengganggu penyerapan zat besi oleh badan.
Mengandungi zat besi, potassium dan kuprum - penting untuk proses metabolisma badan.
Kaya kalsium, mangan dan florida - penting untuk tulang dan gigi yang kuat.
Mengandungi zink dan asid alpha hydroxy, berperanan dalam mencantikkan kulit.
Mengandungi magnesium - penting untuk system saraf.
Tidak mengandungi asid oksalik - sesuai untuk pengidap batu karang.
Penghilang dahaga - hidangkan bersama ais, sedikit gula/madu dan limau.
PENYEMBUH KEPADA BAYI MENANGIS.
Pada tahun 1997, di “International Inventions Exhibition”, Geneva, Annique Theron telah dianugerahi pingat emas atas usahanya dalam kajian Ciri-ciri anti-alahan pada Teh Rooibos.
Bermula dengan kajian beliau, Rooibos telah menjadi penyembuh yang terbukti “tried-and-tested” untuk masalah yang menyebabkan bayi menangis.
Rooibos menjadi penyebuh yang diyakini selepas kajian oleh universiti terkemuka dan 30 tahun pengalaman-penggunaan oleh masyarakat setempat di Afrika Selatan.
Bersifat “lembut” dan “penenang”, tidak “panas” dan tidak “sejuk”, menjadikan ianya sesuai untuk dijadikan minuman sampingan bayi. Juga sesuai untuk bancuhan susu. Amat berfaedah untuk system penghadaman bayi dan juga tidur yang nyenyak.
PILIHAN TERBAIK UNTUK BAYI/ IBU MENGANDUNG.
Kandungan tannin yang sangat rendah tidak akan mengurangkan simpanan zat besi pada bayi semasa mengandung atau sepanjang tempoh penyusuan - tiada gangguan kepada penyerapan protin.
Juga, kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Manakala zink dan magnesium menggalakkan kulit yang sihat dan pembentukan system saraf yang baik.
Dengan itu, Rooibos adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Carta zat-zat di dalam Rooibos
Iron (Fe)- Penting untuk pengangkutan/penghantaran oksigen ke seluruh badan. 0.07mg
Potassium (K) - Penting untuk fungsi metabolik. 7.12mg
Copper (Cu) - Penting untuk fungsi metabolic. 0.07mg
Calcium (Ca) - Tulang dan gigi yang kuat. 1.09mg
Manganese (Mn) - penting untuk fungsi metabolic dan pembentukan tulang.0.04mg
Fluoride (F) - Tulang dan gigi yang kuat.0.22mg
Zinc (Zn) - Pertumbuhan badan dan kulit yang sihat. 0.04mg
Magnesium (Mg) - perlu untuk kesihatan system saraf dan proses metabolic badan. 1.57mg
Sodium (Na) - Perlu untuk kesimbangan cecair dan asid dalam badan. 6.16mg
No comments:
Post a Comment