Sesungguhnya Mata Pena Itu Lebih Tajam Dari Mata Pedang.. sciene 2011
Tuesday, April 18, 2023
Tuesday, July 19, 2022
DATUK BAHAMAN (Tok Guru Peramu)
DATUK BAHAMAN |
MAKAM TOK PERAMU (DATUK BAHAMAN) - asal tapak rumah beliau (Kampung Peramu) |
NAMA Tok Peramu tidak dikenali dalam sejarah, kecuali selepas
kemunculan Mat Kilau di Pulau Tawar pada 1969. Tok Peramu atau Tok Guru Peramu
telah mendapat perhatian umum kerana beliau dapat menceritakan secara
terperinci kisah-kisah perjuangan para pahlawan Pahang pada akhir abad ke-19.
Kisah Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang merupakan para pejuang Pahang
terbilang ketika itu dalam mempertahankan bangsa dan tanah air daripada
penjajahan British berada dalam pengetahuan Tok Peramu.
Datuk Bahaman selaku Orang Kaya Semantan bergelar Dato’ Setia Pahlawan Semantan
iaitu salah seorang Orang Besar Berlapan Pahang, sebelum diangkat oleh Sultan
Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh yang bertaraf Orang Besar Berempat Pahang.
Sejak 1890, beliau telah menggerakkan usaha menentang kemasukan British ke
Pahang. Dalam siri pertempuran di Lubuk Terua, Datuk Bahaman dibantu oleh Tok
Gajah dan Mat Kilau. Mereka kemudiannya berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di
Terengganu mereka mendapat perlindungan Tokku Paloh. Pada Jun 1894, mereka
telah menyerang Jeram Ampai, Kuala Tembeling untuk menghalau British.
Kerana itu, British telah menggempur Datuk Bahaman dan
orang-orangnya sehingga November 1895. Mereka kemudiannya sekali lagi berundur
ke Kelantan. Beliau bersama Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri
kepada Kerajaan Siam dan ditahan di Chengmai. Sedangkan Tok Gajah dan Mat Kilau
diberitakan meninggal dunia di Terengganu pada 1896. Kebangkitan Pahang yang
berlaku antara 1890 hingga 1895 ini bukan sahaja telah melambatkan proses
penjajahan, tetapi juga telah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah
bangkit mempertahankan maruah bangsa dan tanah air mereka.
Sejak penyerahan diri Datuk Bahaman kepada Siam pada 1896 itu,
nama Datuk Bahaman telah tenggelam dari perhatian rakyat. Setelah 75 tahun
berlalu, dalam bulan Disember 1969, negara dikejutkan oleh pengakuan seorang
lelaki tua di Pulau Tawar, bahawa beliau adalah Mat Kilau. Selepas kematian Mat
Kilau pada 1970, muncul seorang tua di Peramu, Kuantan yang dikenali sebagai
Tok Guru Peramu. Beliau mendapat perhatian masyarakat kerana mengetahui
kisah-kisah perperangan tersebut secara detail. Akhirnya, sekitar
1976, Tok Guru Peramu telah membuat pengakuan, ‘Akulah sebenarnya Datuk
Bahaman.’
Datuk Bahaman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman bin Tuanku Imam
Nuh, berketurunan dari keluarga bangsawan Kota Raja, Aceh. Ibunya, Rokiah
adalah anak kepada Datuk Abdul Rahman, Orang Kaya Semantan. Beliau dilahirkan
pada 1838, kemudian dilantik menggantikan datuknya sebagai Orang Kaya Semantan
bergelar Datuk Bahaman. Setelah beliau ‘ditahan’ oleh Siam pada 1896, beliau
sebenarnya tidak meninggal dunia, sebalik telah bersembunyi. Pada 1911, beliau
berhijrah Terengganu, sebelum berpindah ke Kuantan pada 1920. Beliau tinggal di
Peramu sejak 1926 selama lebih 50 tahun dengan menyembunyikan identitinya dan
menggunakan nama Raja Sulaiman, tetapi selalu dikenali sebagai Tok
Peramu.
Setelah beliau membuat pengakuan mengenai identiti sebenar dirinya, sebagai Datuk Bahaman, Tok Guru Peramu telah meninggal dunia dalam usia 139 tahun pada 23 Julai 1977. Beliau dikebumikan di Perkuburan Tok Peramu (Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu - Tanjung Lumpur), Kuantan. (Lokasi tanah perkuburan tersebut ialah dibelakang Kedai MERDEKA / Kedai Kopi Mie Kampung Peramu)
*Alfatihah buat Arwah Ayah dan Arwah Mak saya yang dikebumikan
ditanah perkuburan Islam Kampung Peramu juga, saya pun dilahirkan dan
dibesarkan di Kampung Peramu.
Lihat arah dari Lokasi anda ke Tanah Perkuburan Islam Peramu (Tanjung Lumpur) ( https://goo.gl/maps/phqMEdDbp5EYZdSr9 ) dalam Google Maps.
Monday, December 23, 2019
Beras Yang Sihat
- Menurunkan Tekanan Darah
- Membuang lemak Visceral
- Lebih Banyak Vitamin dan Mineral
- Mengurangkan Gula Darah
- Mengurangkan Jumlah Lemak Jahat dalam Darah
- Ia Membantu Menurunkan Risiko Penyakit Jantung
- Membantu Menurunkan Berat Badan Secara Sihat
- Membantu Merasa Kenyang Dengan Lebih Lama
- Makanan Yang Mampu Dibeli
- Meningkatkan Immunisasi tubuh
Thursday, July 18, 2019
Monday, July 1, 2019
Wednesday, December 5, 2018
Friday, October 19, 2018
ANAK, BIJI, DAUN POKOK KELOR / MERUNGGAI
POKOK KELOR / MERUNGGAI
7 x vitamin C pada jeruk 4 x calcium pada susu 4 x vitamin A pada wortel 2 x protein pada susu 3 x potasium pada pisang
1. Meningkatkan ketahanan alamiah tubuh
2. Menyegarkan mata dan otak
3. Meningkatkan metabolisme tubuh
4. Meningkatkan stuktur sel tubuh
5. Meningkatkan serum kolesterol alamiah
6. Mengurangi kerutan dan garis-garis pada kulit
7. Meningkatkan fungsi normal hati dan ginjal
8. Memperindah kulit
9. Meningkatkan energi
10. Memudahkan pencernaan
11. Antioksidan
12. Memelihara sistem imunitas tubuh
13. Meningkatkan sistem sirkulasi yang menyehatkan
14. Bersifat anti-peradangan
15. Memberi perasaan sehat secara menyeluruh
16. Mendukung kadar gula normal tubuh
Dari hasil analisa kandungan nutrisi dapat diketahui bahwa daun kelor memiliki potensi yang sangat baik untuk melengkapi kebutuhan nutrisi dalam tubuh. Dengan mengonsumsi daun kelor maka keseimbangan nutrisi dalam tubuh akan terpenuhi sehingga orang yang mengonsumsi daun kelor akan terbantu untuk meningkatkan energi dan ketahanan tubuhnya. Selain itu, daun kelor juga berkhasiat untuk mengatasi berbagai keluhan yang diakibatkan karena kekurangan vitamin dan mineral seperti kekurangan vitamin A (gangguan penglihatan), kekurangan Choline (penumpukan lemak pada liver), kekurangan vitamin B1 (beri-beri), kekurangan vitamin B2 (kulit kering dan pecah-pecah), kekurangan vitamin B3 (dermatitis), kekurangan vitamin C (pendarahan gusi), kekurangan kalsium (osteoporosis), kekurangan zat besi (anemia), kekurangan protein (rambut pecah-pecah dan gangguan pertumbuhan pada anak).
JUALAN ANAK POKOK ALOE VERA (LIDAH BUAYA)
JUALAN ANAK POKOK ALOE VERA (LIDAH BUAYA)
-
Salam semua pembaca semalam saya huraikan khasiat dan "power" wangian kasturi hari nie saya nak kongsi sikit dari mana asal kastur...