Friday, January 13, 2017

Remember, fake people have an image to maintain. But real people simply don't care. Just be yourself. You're the best when you are you.

DUIT RM1 TANDA TANGAN "AISYAH".... jadi buruan.


Ramai Numismatik yang tercari-cari wang RM 1 tanda tangan atau sain "Aisyah" @ Tan Sri Ali Abul Hassan ini kenapa dan mengapa? Pasti keunikan Duit RM1 Aisyah ini sentiasa menjadi buruan pengumpul-pengumpul duit lama untuk dijadikan koleksi dalam simpanan setiap ahli Numismatik. Wang kertas ini bolehlah dianggap misteri dan unik mungkin kerana keunikan kisah disebaliknya menyebabkan harganya juga boleh mencecah melebihi RM 1000.00.
Dari sumber yang diperolehi mengatakan ada kekilafanya pengedaran wang kertas ini kepada umum. Sumber mengatakan ketika dalam masa proses peralihan dan pertukaran Gavenor Bank Negara yang Baru daripada Gavenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz. Duit RM1 Aisyah ini ditandatangi oleh Tan Sri Ali Abul Hasan dan diedarkan semasa Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.
Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak dicawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana Cawangan ini sempat menerima arahan membatalkan pengedaranya. Kesemua Duit RM1 yang ditandatani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini arahanya ditarik balik sertamerta dan wang RM1 Aisyah ini dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB. Hanya RM1 Aisyah ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix seperti berikut:
CR 720 0001 - CR 720 9999 [ prefix pemulaan ]
CR 721 0001 - CR 721 9999
CR 722 0001 - CR 722 9999
CR 723 0001 - CR 723 9999
CR 724 0001 - CR 724 9999 [ prefix terakhir ]
Daripada fakta ini Duit RM1 Aisyah ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada pengunaan umum adalah berjumlah kira-kira dalam 50,000 keping sahaja dimulai dengan prefix CR720, CR721,CR722, CR723 dan CR724. Dan ini bermakna juga bolehlah dikatakan bahawa prefix yang dimulai CR720 adalah first prefix dan CR724 adalah last prefix untuk Duit Aisyah yang masih ada tertinggal sekarang ini.
CR 720 [ first prefix ]
CR 721
CR 722
CR 723
CR 724 [ last prefix ]
Sumber asal kredit : http://sharuddin58.blogspot.com
Pasti bagi peminat dan pengumpul wang lama (Numismatik) akan menjadi satu kebanggaan jika mereka dapat menyimpan sekeping atau lebih RM 1 tanda tangan atau sain "Aisyah" @ Tan Sri Ali Abul Hassan ini. Fakta yang paling penting perlu diketahui wang kertas ini HANYA dikeluarkan sebanyak 50,000 keping sahaja. Jadi sudah perkara pasti untuk mencari dan ingin memilikinya bukan suatu perkara yang mudah.

LOGO MALAYSIA MADANI